Pengenalan

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel.
Peristiwa ini dikenali sebagai Nakbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram Israel. Nakbah bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula dengan terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

AQSA SYARIF
Telah didaftarkan pada 4 Februari 2010 dan bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang memerlukan. Sehingga 31 Disember 2014, Aqsa Syarif telah menyalurkan bantuan rakyat Malaysia sebanyak RM26.33 juta kepada lebih 80 projek di Gaza, Tebing Barat, Baitul Maqdis, Syria, Lubnan dan Malaysia.

Menyedari betapa banyaknya isu kemanusiaan yang perlu diberikan perhatian, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah bersetuju untuk mengembangkan operasi bantuan kemanusiaan ke negara-negara lain. Oleh itu, Humanitarian Care Malaysia Berhad (729288-P) telah diwujudkan pada 16 Julai 2014 untuk meluaskan bantuan kemanusiaan ke seluruh negara.

Maka, Aqsa Syarif kini berperanan sebagai salah satu daripada enam buah agensi yang bernaung dan ditadbirkan di bawah Humanitarian Care Malaysia Berhad. Semoga dengan ini, lebih banyak bantuan akan dapat disalurkan.

VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuhkan perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin
MISI
Mengembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah
MOTTO
Memperkasa Ummah – Membebaskan Al-Aqsa
OBJEKTIF
1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.
2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.
4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

AKTIVITI AQSA SYARIF
Sejajar dengan misi Aqsa Syarif, pelbagai program dan projek sudah, sedang dan akan dilaksanakan. Di antaranya ialah memberi bantuan kemanusiaan melalui penghantaran bekalan makanan, perubatan dan keperluan pendidikan.
Aqsa Syarif berusaha mengumpul dana dari rakyat dan pelbagai agensi awam dan swasta di Malaysia dan menyalurkan kepada rakyat di bumi Palestin dan di kem-kem sementara di luar negara seperti di Beirut, Jordan dan Syria. Kesemua itu bermula dengan aktiviti Aqsa Syarif di seluruh Malaysia melalui kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO dan seumpamanya melalui ceramah, penerbitan media dan aktiviti ‘fund raising’.

PROGRAM-PROGRAM 2015
• Acara Global March to Jerusalem MyGMJ 2015 – Ogos 2015
Acara untuk menggembleng seluruh rakyat Malaysia untuk memperingati keadaan Baitul Maqdis (Jerusalem) dan kepentingan menunjukkan solidarity untuk bersama menyokong pembebasannya.
Lebih dari 5000 hadirin disasarkan dari kalangan masyarakat umum

• Hi-Tea Anak Yatim Palestin (AYP) AQSA – April 2015
Acara untuk menghargai para penyumbang sedia ada dan memberi penerangan arah tuju baru projek serta laporan semasa tentang projek ini.
Disasarkan 150 orang penyumbang dan bakal penyumbang.
• Program Imam Ramadhan – Jun & Julai 2015
Membawa Imam-Imam Hafiz dari Palestin untuk menanamkan kecintaan umat islam kepada perjuangan Palestin dan memberi maklumat terkini keadaan rakyat Palestin menghadapi kekejaman rejim Zionis.
Antara 10 hingga 15 orang Imam Muda dari Gaza dan Lubnan akan dibawa ke Malaysia.
• Iftar Perdana – Julai 2015
Meraikan Imam-Imam Muda Gaza, para penyumbang dan para aktivis sambil mengutip dana untuk rakyat Palestin.

• Back 2 School – Ogos 2015
Memotivasi pelajar di Malaysia dengan menyuntik semangat pelajar Palestin dengan ceramah-ceramah Palestin di sekolah-sekolah seluruh Negara.
• Qurban Untuk Palestin – September 2015
Meraikan komuniti Palestin di Malaysia pada hari raya qurban dan menjana dana untuk membuat korban di bumi Palestin.

PROJEK-PROJEK BERTERUSAN
• Tajaan Anak Yatim Palestin bersama NGO Salam Society di Gaza semenjak tahun 2013 dan Takaful for Child Welfare semenjak tahun 2010.
Telah menaja lebih dari 1,000 Anak Yatim di Gaza.

• Tajaan Keluarga Miskin Palestin dengan kerjasama Ghirass for Society .Development mulai 2014 dan Salam Society semenjak 2013.
Telah menaja lebih dari 330 Keluarga Miskin di Gaza.

• Projek Rebuilding Gaza bersama cawangan Aqsa Syarif Gaza bermula tahun 2015.
Kami mensasarkan untuk mengutip dana lebih dari RM2 juta untuk menjalankan projek-projek pembinaan semula sekolah-sekolah dan kediaman-kediaman di Gaza yang telah dimusnahkan semasa perang Asfim Ma’kul pada Julai 2014.
• Projek Murabbithin Al-Aqsa (Penjaga Masjid Al-Aqsa) mulai tahun 2015 ini bersama NGO Mirasimiz yang berpengkalan di Istanbul, Turki.
Projek ini telah dimulakan dengan menaja seramai 4 orang Murabbithin dengan nilai USD48,000 setahun. Kami mensasarkan untuk menaja seramai 20 orang Murabbithin setiap tahun untuk menjaga dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari pencerobohan tentera Zionis.

PROJEK-PROJEK BERKALA
• Projek Shita’ Huda bersama AQSA Gaza 2015.
Telah menyalurkan dana kutipan sebanyak USD20,000 pada bulan Februari untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza kerana angin dan cuaca yang amat sejuk melanda Gaza pada bulan Januari yang lalu.

• Projek Kutipan Ramadhan
Mensasarkan kutipan sepanjang Ramadhan sebanyak RM 5 juta untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat serta pelarian-pelarian Palestin di Lubnan, Syria dan Jordan.

• Projek Qurban Untuk palestin
Berusaha untuk mendapatkan tajaan Qurban sebanyak RM350,000 dari rakyat Malaysia untuk menjalankan ibadah Qurban di Gaza, Tebing Barat dan tempat-tempat lain.
• Projek Back2School
Menjalankan program-program ceramah dan kutipan dana di sekolah-sekolah untuk menghadiahkan barangan keperluan sekolah pelajar-pelajar di Gaza dan Tebing Barat. Jumalah sasaran kutipan sebanyak RM350,000.

• Projek Penajaan Tahfiz
Dijalankan bersama Darul Quran Wa Sunnah di Gaza. Projek ini adalah untuk mendapatkan penaja-penaja yang akan memberi sumbangan sebanyak RM500,000 untuk melahirkan lebih ramai hafiz setiap tahun di Gaza.

• Projek Bantuan Pelarian Palestin di Lubnan
Menjalankan aktiviti untuk mendapatkan RM640,000 untuk membantu pelaraian Palestin di Lubnan yang sukar menjana pendapatan kerana telah diharamkan melakukan lebih dari 70 jenis pekerjaan oleh kerajaan Lubnan.

• Projek SHITA’ 2015/2016.
Projek Shita’ (Musim Sejuk) akan dilaksanakan mulai bulan November untuk persediaan membeli perbekalan barangan musim sejuk untuk penduduk di Gaza, Jordan dan Syria.
PERANCANGAN MISI
• Misi Audit ke Gaza
Memantau projek-projek sedia ada dan memastikan status projek-projek yang lepas.

• Misi Mengenalpasti dan Memantau Projek di Tebing Barat
Mengenalpasti projek-projek yang berpotensi dilaksanakan dan memantau Projek-Projek yang telah ditaja.

• Misi Pencarian Projek di Lubnan, Jordan dan Syria
Mengenalpasti projek-projek yang berpotensi dilaksanakan untuk pelarian Palestin di Lubnan, Jordan dan Syria,
INGIN MENYUMBANG?
2 Langkah mudah untuk menyumbang:
1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Akaun Maybank Islamic: 551575-004299
Akaun Bank Islam: 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592

2) Maklumkan melalui email ke [email protected] bersama salinan slip dan nyatakan kemasukan untuk ‘Palestin’

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat Aqsa Syarif:
Tel: +603-8941 2341
*Sumbangan yang tidak dinyatakan tujuan akan dimasukkan ke Tabung Umum