Winter Relief 2017

Pernahkah anda rasai..
Melihat kanak-kanak terketar-ketar tanpa pakaian lengkap di bawah suhu -13’C?
Pernahkah anda rasai..
Melalui musim sejuk tanpa makanan sehingga terpaksa mengikat perut keluarga?
Pernahkah anda rasai..
Melihat anak-anak kecil menangis kesejukan di dalam khemah usang kerana kesejukan?
Kini, seramai 1.5 juta pelarian dalam negara (IDP) Yaman mengalami krisis makanan dan air bersih, manakala 4.5 juta rakyat Syria yang berada di kawasan terkepung kekurangan alat pemanas di rumah usang mereka. Begitu juga nasib 3.2 juta IDP Iraq yang lari sehelai sepinggang ke bahagian pergunungan di utara Iraq.
Manakala 2 juta juta penduduk Gaza menderita akibat banjir besar awal 2016 yang memusnahkan fasiliti dan sistem pembentungan, sementara di kem-kem pelarian di Lubnan, seramai hampir 2 juta pelarian Syria dan Palestin tinggal di kem-kem pelarian yang kekurangan bekalan asas untuk menghadapi musim sejuk saban tahun.
Mereka ini merupakan mangsa peperangan dan kerakusan pihak zalim sehingga terpaksa lari sehelai sepinggang mencari perlindungan di tempat lain. Keadaan semakin buruk dengan tibanya musim sejuk yang melanda kawasan perlindungan.
Justeru, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan ini melancarkan Kempen Winter Relief 2017 dengan sasaran sebanyak RM1.5 juta bagi membantu mangsa dan pelarian yang teruk terjejas dengan musim sejuk kali ini.
Pakej Sumbangan:
RM100 – Bantuan makanan / selimut / baju
RM500 – Bantuan bahan api dan alat pemanas
 

[button link=”http://www.billplz.com/winterrelief” type=”big” newwindow=”yes”] Derma Online[/button]

 
Atau salurkan bantuan atas nama “Humanitarian Care Malaysia Berhad” dengan menggunakan rujukan “Winter Relief” ke akaun:
1. Maybank Islamic: 5642 5856 0698
2. CIMB Islamic: 8602 135 592
3. Bank Islam: 1209 2010 0349 04
Maklumkan sumbangan kepada winterrelief@mycare.org.my atau WhatsApp / Telegram ke +6018 908 9282 (En Sazlie)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari