Hujan tanpa henti di kem pelarian Cox’s Bazar menjadikan keadaan lebih sukar bagi pelarian Rohingya menjalani kehidupan seharian yang serba dhaif.

Hujan lebat ini berlanjutan selama seminggu dan dijangka akan berterusan di Cox’s Bazar di mana lebih 900,000 orang pelarian Rohingya ditempatkan di sini.

Menurut UNHCR, sebanyak 273 buah khemah telah musnah sepenuhnya akibat taufan. Rakan NGO kami di Cox’s Bazar melaporkan 1,186 khemah rosak akibat tanah runtuh dan angin kuat.

Korban pertama adalah seorang kanak-kanak berusia 7 tahun manakala 11 orang lagi cedera.

Banjir lumpur setinggi lutut telah merosakkan khemah-khemah dan peralatan persendirian seperti makanan, alatan memasak, pakaian dan lain-lain.

Keadaan di kem pelarian ini dijangka menjadi lebih teruk kerana masih berbaki 4 bulan lagi sebelum musim monsun tamat.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) yang komited membantu pelarian Rohingya akan melancarkan Tabung Bencana Banjir Pelarian Rohingya bagi meringankan beban mereka.

Bantuan ini akan memulihkan tempat tinggal dan membekalkan pek makanan kepada mereka.

MyCARE telah mendirikan 50 buah tempat tinggal kepada 50 keluarga Rohingya di Cox’s Bazar pada tahun 2018 manakala 40 buah lagi pada tahun 2017 hasil daripada sumbangan orang ramai melalui MyCARE.

Bantuan perubatan, pembinaan perigi dan tandas, bantuan pendidikan dan bantuan keperluan asas juga telah dihantar dalam beberapa misi kemanusiaan sebelum ini.

MyCARE juga berjaya menubuhkan sebuah Pusat Komuniti Wanita bagi memperkasakan wanita-wanita Rohingya yang dikendalikan oleh Rose2Rose, sebuah agensi kemanusiaan di bawah MyCARE.

Pelbagai aktiviti dijalankan di pusat ini seperti kursus menjahit dan kelas pendidikan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Pihak MyCARE menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk sekali lagi bersama kami menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke:

https://www.billplz.com/banjircoxsbazar

ATAU

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD
– Maybank Islamic (5515 7500 4299)
– Bank Islam (1209-20100-34904)
– CIMB Islamic (8602-135-592)

Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada [email protected] atau WA/Telegram ke 0196551948.

Semoga segala keikhlasan dan keprihatinan kita dalam membantu mereka akan dianugerahkan dengan sebaik-baik ganjaran.

Nasib mereka terbela walaupun sekecil mana pun bantuan kita.