KUALA LUMPUR, 24 November 2018 – Sukakah kamu agar hatimu menjadi lembut dan damai serta keinginanmu dipenuhi? Begitulah juga insan yang bernama anak-anak yatim ini. Pengharapan mereka untuk dipenuhi segala kenginannya hanya pada kita.

Dari Abu Hurairah R.A, bahawasanya ada seseorang yang mengeluh kerasnya hati kepada Rasulullah S.A.W lalu beliau berkata kepadanya: “Jika engkau ingin melembutkan hatimu, maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.” (HR. Ahmad)

Sempena pembukaan sekolah untuk sesi 2019 tidak lama lagi, MyCARE membawa anak-anak yatim Rohingya dari Maahad Tahfiz Al-Amin MyCARE dan Maahad Tahfiz Darul Hijrah, Jalan Ipoh bersama sukarelawan membeli barang keperluan persekolahan seperti baju, kasut sekolah, alatan tulis, buku dan pelbagai lagi.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja individu yang telah menaja secara bulanan untuk anak-anak yatim ini. Terima kasih juga kepada pihak MYDIN Subang Jaya dan semua sukarelawan MyCARE yang telah bersama kami mengiringi serta menyantuni anak-anak yatim ini sehinggalah mereka pulang ke madrasah masing-masing.

Mari bersama kami berkongsi rasa dengan menghulurkan sedekah, doa dan kegembiraan buat anak-anak yatim ini agar dapat dipenuhi keperluan membesar seperti kanak-kanak lain.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Sebarkan program Penajaan Anak Yatim MyCARE di Palestin, Syria, Iraq, Filipina dan Rohingya agar segala keperluannya dipenuhi untuk masa depan yang lebih terjamin kepada anak-anak ini.

Borang online boleh didapati di sini:
http://bit.ly/JomTaja

Sumbangan umum boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

Reference : umum anak yatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760 atau emel ke sponsorship@mycare.org.my

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency
Share This