Melalui projek Projek Adopt A Hafiz ini, para penderma membantu badan bukan kerajaan (NGO) Dar al-Quran al-Karim Wa Sunnah (DQWS) melahirkan para hafiz di Gaza dan juga di tebing barat. Dengan kos USD 170 bagi seorang hafiz untuk satu tahun, kami mensasarkan untuk menaja seramai 610 orang hafiz pada tahun 2017. Setiap tahun, DQWS mensasarkan untuk menaja 900 orang yang terdiri daripada 450 orang lelaki dan 450 orang perempuan (umur 8 hingga 25 tahun). Secara umumnya, setiap kanak-kanak akan mengambil masa selama 4 tahun untuk habis menghafal 30 juz al-Quran. Tetapi, ada juga beberapa kanak-kanak berjaya menamatkan hafazan mereka dalam masa yang lebih singkat. Di Malaysia, NGO Aqsa Syarif (agensi MyCARE) dan Muslim Professionals Forum (MPF) bekerjasama mengumpulkan dana untuk menaja hafiz di Gaza. Projek ini diuruskan oleh DQWS dengan bantuan pejabat MyCARE di Gaza.

Projek Adopt A Hafiz mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah:

  1. Membentuk anak-anak dengan sikap/akhlak yang baik
  2. Membekalkan mereka pengetahuan dan cara berdakwah
  3. Melibatkan para hafiz di dalam aktiviti bersama masyarakat untuk menjadikan mereka insan yang baik dan menjadi agen pembaikan
  4. Menguatkan emosi dan spiritual anak-anak Gaza yang berdepan dengan sekatan dan seksaan dari pihak Zionis

 

Untuk laporan lengkap boleh download diĀ http://bit.ly/report-1stbatch-AAH