“Lumrah kebiasaan bagi kanak-kanak jika mereka bertanya, mereka sentiasa dahaga kan ilmu akibat konflik yang melanda dan apakah erti sebuah kemanusiaan jika mereka hidup tanpa pendidikan?” -Puan Hafsah (sukarelawan program homeschooling)

Setiap anak memiliki hak diberikan pendidikan sekurang-kurangnya dapat membaca, menulis dan mengira. Itulah hadiah terbaik oleh sekumpulan sukarelawan Rose2Rose kepada 15 orang kanak-kanak Rohingya di Sungai Tekali. Mereka yang terdiri daripada Puan Norlaily, Puan Norazian, Puan Mariana, Puan Salamiah, Puan Zaiton, Puan Anhar, Puan Hasnah, Puan Hafsah dan dibantu oleh staff MyCARE.

Tahun 2020 merupakan tahun kedua projek Rohingya Homeschooling (Rose2Rose) di Sungai Tekali dilaksanakan. Projek ini merupakan inisiatif ketiga oleh MyCARE untuk pendidikan anak-anak Rohingya. Hasrat agar 15 kanak-kanak Rohingya di Sungai Tekali dapat membaca, menulis dan mengira ini akan dikembangkan. Tahun ini, selain kanak-kanak para ibu juga turut diajar Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Bagi merealisasi hasrat ini, bantuan dari anda sekalian amat kami alu-alukan.

Sumbangan boleh disalurkan ke:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudari Nurhanis di talian 012-3262671.

Foto : Zulfadhli Zaki/MyCARE