SHAH ALAM, 12 Januari 2020 – Program khas untuk wanita telah dilaksanakan di PPR HICOM.

Kali ini Biskut Bangkit Cheese jadi pilihan. Cikgu Junaidah dan Cikgu Weni menjadi tenaga pengajar. Kedua-dua mereka adalah Ahli Jawatankuasa Persatuan Wanita PPR HICOM.

Seramai 12 orang wanita yang majoritinya ibu tunggal dan suri rumah sepenuh masa belajar cara membuat biskut seterusnya menyasarkan untuk menyediakan 100 balang biskut yang kelak akan diagihkan kepada penerima asnaf.

Program kerjasama di antara MyCARE dan Persatuan Wanita PPR HICOM ini merupakan salah satu projek tempatan melalui kerjasama dengan NGOi MAIS.

Tujuan projek sebegini diadakan adalah untuk membolehkan wanita yang hadir mendapatkan kemahiran seterusnya memanfaatkan kemahiran tersebut untuk menjana pendapatan.

Di samping itu, setiap peserta juga memiliki kemahiran tertentu yang membolehkan mereka saling bertukar ilmu dan kemahiran serta bersama-sama memanfaatkannya untuk menambahkan pendapatan serta mengukuhkan ukhuwwah dan kerjasama.

Para dermawan yang ingin bersama MyCARE melaksanakan program tempatan boleh menyumbang melalui akaun dan link berikut;

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
Cimb: 8602 135 592

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudara Noorsyazly di talian 012-3614874.