MyCARE raikan 50 anak-anak yatim, asnaf dan tahfiz di Taman Botani Perdana, KL

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2019 – Sempena kempen Bulan Anak Yatim yang berlangsung pada bulan Mac, MyCARE telah menganjurkan ‘Picnic with Orphans’ bagi meraikan anak-anak yatim, asnaf dan tahfiz Rohingya daripada 2 pusat komuniti Rohingya di Sg. Tekali, Puchong dan Tahfiz Al-Amin MyCARE.

Anak-anak ini dihiburkan dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ‘Funny Face Sandwich, sukaneka dan perjalanan mengelilingi taman menaiki Trem. Mereka juga sangat teruja menanti giliran untuk mendapatkan belon masing-masing dari Awang the Clown.

“Saya seronok dapat join aktiviti hari ini, setiap hari saya berdoa agar diberi peluang lagi seperti hari ini,” ujar salah seorang anak yatim.

Terserlah kegembiraan mereka apabila diraikan dengan istimewa sekali. Bagi mereka, program ini amat dinanti-nantikan setiap tahun. Walaupun setiap dari mereka mempunyai kisah dan latar belakang yang berbeza, perbezaan ini tidak menghalang mereka untuk bersama-sama kanak-kanak lain berkongsi kegembiraan.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja dari Ara Wonder Cake, Bakso Koplo, Poptouchdesign dan individu yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Tahniah diucapkan kepada semua sukarelawan MyCARE serta penaja yang turut hadir menyantuni anak-anak yatim ini sepanjang program berlangsung.

Anda masih boleh memberi sumbangan kepada Kempen Bulan Anak Yatim ke :

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Rujukan sumbangan : bulan anak yatim
Online : https://www.billplz.com/orange4orphan

Hantarkan bukti pembayaran ke :account@mycare.org.my / 013-7444760 (WhatsApp)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari