MyCARE menyumbang kepada asnaf Uighur di Istanbul

Dalam bulan Ramadan ini, misi MyCARE yang diketuai oleh Ar. Syed Mohd Radhi (ahli Pemegang Amanah MyCARE) telah menyerahkan sumbangan yang pertama sebanyak 8,700lt (RM6,000) kepada asnaf Uighur yang menetap di Istanbul, Turki.

Penyerahkan dan kerja koordinasi tersebut adalah kerjasama antara pihak MyCARE serta NGO pelaksana iaitu Eastern Turkistan Educational & Solidarity Association (MAARIP).

Kebanyakan komuniti Uighur menetap di kawasan Zeytinbunur. Ahli misi MyCARE telah melawat 5 buah keluarga asnaf Uighur yang menetap di Turki sejak tahun 2016.

Selain itu, misi tersebut juga sempat menemu bual dengan seorang bekas tahanan “Xinjiang Educational Camp” serta empat ahli keluarga tahanan di pejabat MAARIP di Zeytunburnu.

Misi ini adalah misi pertama MyCARE menyalurkan bantuan kepada asnaf Uighur di Turki. Sumbangan ini akan memanfaatkan 15 buah keluarga dalam bulan Ramadan ini.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan para penyumbang MyCARE.

Teruskan menyumbang melalui MyCARE demi membantu sahabat-sahabat kita yang sedang memerlukan.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari