1. Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyahut seruan untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia menangani krisis COVID-19.

2. Tabung bantuan kecemasan COVID-19 dilancarkan bagi memastikan kebajikan kakitangan barisan hadapan atau ‘frontliners’ terjamin termasuk kebajikan ahli keluarga mereka.

3. MyCARE telah menghubungi pihak hospital dan akan diberikan senarai dan spesifikasi keperluan mengikut hospital masing-masing.

4. Dalam pada masa yang sama, MyCARE juga sedang menganalisa keperluan bantuan pek makanan kepada keluarga miskin dan bantuan perubatan melalui syarikat farmaseutikal.

5. Sepanjang penularan pandemik ini, pelbagai kisah pengorbanan dikongsikan oleh kakitangan barisan hadapan seperti tidak cukup rehat, tidak makan, risau keadaan anak-anak dan ahli keluarga dan banyak lagi.

6. Kebajikan frontliners perlu terjamin bagi memastikan mereka dapat fokus bekerja dengan efektif sebagai langkah utama merawat para pesakit COVID-19.

7. MyCARE menyeru orang ramai untuk turut bersama kami untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:

https://www.billplz.com/fightcovid19

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592


Reference: fightcovid19

8. Sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang ramai agar lebih banyak mendapat manfaat.

9. Hargai pengorbanan kakitangan barisan hadapan dengan menyumbang dan mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”