2018 adalah tahun kedua kempen MyCARE Education Fund dianjurkan. Kempen ini menghimpunkan beberapa projek untuk membantu penduduk di negara-negara yang bergolak dan dihimpit kemiskinan terutamanya dari segi keperluan pendidikan.

Di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Syria dan Iraq, hampir kesemua fasiliti pendidikan mereka musnah. Ada juga sekolah dan universiti yang telah dibina semula, tetapi dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh sekolah As-Solah di Gaza yang dibom oleh pihak Zionis pada tahun 2014.

Bagi pelarian yang bernasib baik, mereka diterima berlindung di negara-negara lain. Tetapi hakikatnya kos untuk memulakan hidup baru sangat mahal dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Apatah lagi untuk membiayai kos pendidikan yang hari ini menjadi satu keperluan untuk berjaya. Sebagai contoh Rabeah elDouh, pelajar perubatan Syria tajaan rakyat Malaysia terpaksa menguasai bahasa Turki sebelum beliau dibolehkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Turki.

Rabeah Eldouh – kini seorang pelajar perubatan.

Maka, MyCARE Education Fund adalah satu platform untuk rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan dari segi pendidikan.

Kempen ini menyasarkan jumlah kutipan RM 1.5 juta untuk diagihkan kepada 2,086 penerima manfaat di Vietnam, Filipina, Malaysia, Palestin, Iraq, Turki dan Syria.

Antara pakej penajaan di dalam projek MyCARE Education Fund adalah:

  1. Pelajar Bestari : RM100/unit

Bertujuan untuk menaja dan juga meringankan beban pelajar Palestin, Syria, Vietnam dan Filipina yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat institut pengajian tinggi, sekolah menengah atau sekolah rendah sama ada di Malaysia ataupun di luar Malaysia.

Para pelajar yang layak untuk mendapat penajaan dari rakyat Malaysia melalui MyCARE mesti memenuhi beberapa kriteria yang telah disaring oleh pihak Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Iternational Educational Scientific Cultural Organization Berhad (IESCO – NGO kerjasama MyCARE). Prosedur penyaringan ini sangat penting kerana MyCARE ingin menyalurkan bantuan rakyat Malaysia kepada mereka yang betul-betul layak dan memerlukan.

Antara kriteria tersebut adalah:

  • Rakyat Palestin yang berada di Gaza dan Tebing Barat
  • Tidak berkemampuan untuk menampung perbelanjaan pelajaran
  • Bidang pengajian utama yang ingin dipelajari mestilah diperlukan di Palestin
  • Menguasai bahasa Inggeris
  • Menabur bakti di Palestin sekurang-kurangnya 10 tahun selepas tamat pengajian

Selain daripada itu, pakej ini akan menaja juga Rabeah elDouh, pelajar perubatan Syria yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Turki. Setelah tamat pengajian, beliau bercita-cita untuk menjadi salah seorang yang akan membangunkan Syria semula.

Tabung ini juga akan dimanfaatkan untuk kes-kes kecemasan yang melibatkan para pelajar.

Semoga melalui projek berbentuk jangka panjang ini boleh membina generasi masa hadapan yang celik ilmu sekaligus membebaskan tanah air mereka daripada terus dijajah.

MyCARE menyasarkan 10,900 unit untuk ditaja bagi menampung kos perbelanjaan pendidikan para pelajar ini.

  1. Sekolah Angkat : RM50/unit

Tabung ini pula diwujudkan khusus untuk membantu pendidikan sekolah-sekolah atau madrasah-madrasah yang dikelola oleh MyCARE di mana infrastrukturnya ditaja oleh rakyat Malaysia seperti Madrasah Bulacan (Filipina) dan Madrasah Darussalam (Vietnam).

Kita tidak mahu hanya membangunkan infrastruktur sahaja dan meninggalkan mereka terkapai-kapai dengan sillibus dan keperluan asas yang lain. Kita juga akan membantu mereka dari segi kos pendidikan.

Sasaran bagi projek ini adalah sebanyak 3000 unit tajaan.

  1. Back2School : RM150/unit

Pakej ini pula membantu membekalkan perkakas sekolah kepada kanak-kanak Palestin, Syria, Iraq, Vietnam, Filipina, Rohingya, Malaysia dan negara-negara lain yang MyCARE santuni. Kebanyakan penerima manfaat adalah mereka yang terkesan oleh kemiskinan. Setiap unit sumbangan mengandungi alat tulis, buku, uniform (pakaian sekolah) dan beg sekolah.

MyCARE telah melaksanakan penajaan Back2School (B2S) sejak tahun 2013. Pada tahun 2016, penduduk di Kuching, Kota Samarahan dan Bintulu antara penerima manfaat B2S. Penyaluran telah dibuat tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama kerana pendidikan adalah hak asasi setiap individu.

Untuk menyumbang secara online, sila klik:

https://www.billplz.com/educationfund

ATAU

melalui akaun bank secara deposit dan maklumkan kemasukan ke edufund@mycare.org.my

CIMB Islamic: 8602-135-592
MaybankIslamic: 5515-7500-4299
Bank Islam: 1209-2010-0349-04
JomPAY (ID: 6197)

Kami juga mengadakan perkongsian isu kemanusiaan secara percuma. Sekiranya anda ingin menjemput kami, sila hubungi Cik Maziah di talian 018-383 2458.

Jazakumullahu khairan kathira.

 

Penafian: Kami juga menerima apa-apa jumlah sumbangan yang anda ingin sumbangkan dan kami akan masukkan ia dalam kategori “sumbangan umum” projek ini. Terima kasih.

 

Social Network Integration by Acurax Social Media Branding Company
Share This