Tanggal 4 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431H, pendaftaran Aqsa Syarif Berhad secara rasminya diluluskan.

Bermula dengan modal RM15,000, 3 orang staf dan menumpang pejabat di sebuah rumah kedai di Kajang, Aqsa Syarif telah dibangunkan dengan sokongan insan-insan yang ikhlas ingin menyumbang kepada perjuangan pembebasan Palestin.

Alhamdulillah! Berkat pertolongan Allah SWT, nama Aqsa Syarif menjadi masyhur dalam tempoh yang singkat melalui penglibatan dalam flotila Lifeline4Gaza menaiki kapal Mavi Marmara dan konvoi darat Viva Palestina 5 (VP5) dari London ke Gaza.

Kejayaan konvoi darat Viva Palestina 5 (VP5) membawa penubuhan pejabat Aqsa Syarif di Gaza pada tahun 2011.

Hasilnya, Aqsa Syarif berjaya meraih sokongan dan dokongan masyarakat sehingga mampu menghantar 17 misi ke Gaza dan 3 misi ke kem pelarian Palestin di Lubnan setakat Julai 2014.

Berkat daripada membantu bumi barakah Palestin ini menjadi pemangkin kepada transisi daripada Aqsa Syarif Berhad kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE).

Dengan penubuhan MyCARE, penyaluran bantuan tidak lagi terhad kepada Palestin, tetapi turut meliputi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan termasuk di Malaysia, Syria, Yaman, Rohingya di Myanmar dan Cox’s Bazar di Bangladesh serta kepada komuniti-komuniti yang diuji dengan bencana alam.

Ribuan program kesedaran, ratusan artikel dan puluhan penerbitan buku telah berjaya dilaksanakan sepanjang satu dekad ini.

Alhamdulillah, sehingga 5 Feb 2020, Aqsa Syarif @ MyCARE telah berjaya menyalurkan sebanyak RM130 juta ke 22 buah negara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin.

Terima kasih atas sokongan anda kepada kami. Terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang kami.

Kami alu-alukan kepada semua untuk turut bersama kami dalam MyCARE 10th Anniversary Charity Dinner yang akan diadakan pada 29 Mac 2020 ini.

Penyertaan boleh dibuat di:
http://bit.do/charitydinnerMyCARE

“Nurturing Humanity, Making a Difference”