Selepas kejayaan Misi 1, 2 dan 3 oleh MyCARE (dengan jumlah penyaluran RM 231,148.50) membantu mangsa gempa dan tsunami di Palu dan Donggala, misi kali ini diteruskan dengan kerjasama Little Caliphs dan Mazlin Pictures

Fokus utama misi kali ini adalah untuk penerbitan 2 episod rancangan Lensa (Astro Oasis) yang akan membawa penonton di Malaysia menyelusuri kehidupan pasca gempa dan tsunami di Palu dan Donggala di samping itu melihat usaha bantuan kemanusiaan yang telah disalurkan oleh MyCARE hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Selain itu, pelbagai program telah dirancang antaranya penyaluran pek makanan dan aktiviti psaikososial serta penyampaian Pek Ceria untuk lebih 200 kanak-kanak di beberapa kem penempatan sementara.

Misi kali ini akan diketuai oleh Dr. Tahir Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyumbang ke Tabung Gempa Tsunami Sulawesi.

Anda boleh terus menyumbang secara online di sini: www.billplz.com/tsunamisulawesi

Terima kasih!

Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ketua Pegawai Eksekutif
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

Animated Social Media Icons by Acurax Wordpress Development Company
Share This