Keseinambungan dari misi-misi kemanusiaan kepada mangsa gempa di Lombok sebelum ini, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) meneruskan penyaluran bantuan melalui misi yang ke-4 ini yang dianggotai wakil-wakil dari MyCARE, Rose2Rose dan Standup Flashmob.

Misi ini akan meneruskan penyaluran bantuan pembinaan Rumah Senyum, perigi air, Pek Wanita, Pek Kebersihan Diri, Pek Kanak-Kanak dan bantuan psikososial.

Ahli-ahli misi akan berlepas pada 25 Oktober 2018 sehingga 28 Oktober 2018.

Dalam pada masa yang sama, MyCARE juga melancarkan Misi Bantuan Gempa & Tsunami Palu dan Donggala 2.0 yang juga akan berlepas pada hari ini, 25 Oktober 2018.

Pelbagai bantuan akan dibawa oleh peserta misi termasuk keperluan ibadah seperti telekung, pek-pek makanan keluarga, kit kebersihan wanita, hadiah kanak-kanak dan lain-lain.

Pihak MyCARE membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Lombok, Palu, Donggala dan Sigi.
Ayuh bantu ringankan beban mereka melalui 3 langkah berikut:

 

1. DERMA

ONLINE: www.billplz.com/tsunamisulawesi

ATAU

BANK TRANSFER ke akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD”

MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
 

2. MAKLUM PADA KAMI

Letakkan ref ‘sulawesi’ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +6018-3832458 (En. Aiman)
 

3. SEBARKAN

Sebarkan (share) info ini agar lebih ramai dapat turut sama menyumbang.

Terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua!

Social Media Icons Powered by Acurax Web Design Company
Share This