Merungkai perkaitan Al-Quran dalam pembebasan Palestin

BANDAR BARU BANGI, 20 Oktober 2019 – Alhamdulillah dengan izin Allah, PACE telah berjaya menganjurkan sebuah seminar yang bertajuk Pembebasan Palestin Dalam Surah Al-Israa’.

Terima kasih kepada penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa untuk memberikan pengisian bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang.

Tahniah juga kepada peserta-peserta yang terdiri daripada pelbagai umur yang sudi menghadiri program ini..

Pengisian pertama diberikan oleh Ustaz Khubaib. Beliau menjelaskan kepada para peserta berkenaan Al-Quran sebagai panduan hidup dan punca kejayaan.

Hal ini kerana Al-Quran bukan hanya untuk dibaca seperti buku biasa. Tidak dinafikan terdapat banyak kebaikan dalam Al-Quran yang boleh didapati seperti keberkatan membacanya, mempelajari ilmu Qiraat, mempelajari ilmu tafsir dan lain lagi.

Tetapi Ustaz Khubaib menekankan bahawa perkara yang paling penting dalam Al-Quran adalah ‘Tadabbur’.

Punca mengapa para sahabat adalah generasi yang paling cemerlang sepanjang zaman adalah disebabkan mereka mentadabbur Al-Quran.

Seterusnya pengisian seminar diteruskan dengan pembentangan dari Ustaz Megat.

Beliau menjelaskan begaimanakah generasi sahabat adalah generasi yang paling cemerlang disebabkan Al-Quran.

Hal ini kerana mereka mengambil Al-Quran sebagai sumber yang ‘Syamil’(menyeluruh), sesuai untuk sepanjang zaman dan sebagai ruh perjuangan.

Kemudian beliau menjelaskan apakah kisah dan hikmah di sebalik enam keberkatan bumi Palestin yang disebutkan dalam Al-Quran.

Terakhir, beliau menjelaskan hakikat betapa lemahnya kekuatan Yahudi dan bagaimanakah masa hadapan Yahudi seperti mana yang dijelaskan dalam Surah Ali Imran dan Surah Al-A’raf.

Lagi gambar-gambar di album PACE

Bahagian terakhir dalam seminar diakhiri oleh pembentangan dari Ustaz Syaari.

Beliau memulakan pembentangan beliau dengan penjelasan hikmah peristiwa Israa dan Mikraj. Antara penjelasan beliau, peristiwa ini membuktikan bahawa umat Islam pada hari ini memerlukan bantuan Allah SWT untuk sampai ke Al-Quds (membebaskan Al-Quds) seperti mana Rasullah SAW sampai ke Al-Quds pada malam Israa dengan bantuan Allah SWT.

Kemudian, Ustaz Syaari menjelaskan panjang lebar berkaitan Surah Al-Israa.

Tegas beliau, Surah Al-Israa telah menceritakan secara terperinci berkaitan Yahudi, apakah dan di manakah dua kerosakan yang dilakukan oleh mereka, apakah dan bilakah kejayaan umat Islam yang pertama mengalahkan Yahudi dan bagaimanakah dan bilakah umat Islam akan berjaya buat kali kedua mengalahkan Yahudi untuk membebaskan Al-Quds pada zaman kini.

Jazaakumulluhu khairaan diucapkan kepada penceramah-penceramah, peserta-peserta dan Surau Al-Kauthar kerana menyempurnakan seminar ini.

Semoga seminar berlandaskan Al-Quran ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Segala kekurangan dari kami sendiri, segala kelebihan dan kebaikan semuanya dari Allah SWT.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari