Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Negeri Selangor

SHAH ALAM, 15 November 2017 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjemput Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) ke Majlis Persidangan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan Negeri Selangor dan Penyerahan Dana NGO-i (MAIS) dengan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Selangor, Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Sesi persidangan ini dimulakan dengan slot “Peranan NGO Islam Dalam Membangunkan Ummah Menurut Maqasid Syariah” yang dibentangkan oleh Ss Dr. Haji Anhar bin Opir selaku Timbalan Mufti Negeri Selangor.



Slot seterusnya dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah Counter-Terrorism (E8) Bukit Aman, Dato’ Ayub Khan Mydin Pitchay mengenai Isu Keselamatan Negara dan diakhiri dengan slot terakhir mengenai Isu Rohingya yang dibentangkan oleh wakil Union of NGO of The Islamic World (UNIW), Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman.
Majlis diakhiri dengan perasmian penutup oleh Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa selaku Pengerusi MAIS serta serahan dana sumbangan kepada NGO-NGO-i.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE berbesar hati menerima pemberian dana berjumlah RM10,000 dari pihak MAIS bagi melaksanakan program-program kemanusiaan.
Jutaan terima kasih kepada pihak MAIS atas keprihatinan dan kesungguhan dalam membantu isu kemanusiaan dan NGO kemanusiaan seperti MyCARE.
Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Jom Bayar Zakat Fitrah Melalui MyCARE

Alhamdulillah, sedar tak sedar kita sudah mendekati 10 malam terakhir yang teristimewanya berbanding dengan malam-malam yang lain di bulan Ramadan.   Tinggal beberapa hari sahaja

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari