Sempena Ulang Tahun ke-10, majlis makan malam amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan dan membuka peluang kepada para dermawan untuk turut serta menghulurkan sumbangan.

Istimewanya majlis makan malam ini, kami bawakan kepada anda pertunjukan fesyen amal dari pereka-pereka fesyen terkenal tanah air seperti Syomir Izwa, Style Annexe, TudungPeople, DASH, dan Lord’s Tailor KL.

Sebahagian hasil jualan amal ini akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan MyCARE.

Selain itu, anda juga akan menikmati persembahan istimewa dari artis terkenal tanah air iaitu Hattan, Lah Ahmad dan kumpulan nasyid Raihan.

Harga istimewa akan diberikan kepada yang terawal sahaja!

Daftar segera di: http://bit.do/charitydinnerMyCARE