Misi Gempa Lombok MyCARE ke 3 turut disertai oleh sekumpulan anggota Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. Koperasi Muslimin adalah salah sebuah koperasi berteraskan Islam dan mempunyai anak syarikt Muslimin Travel and Tours serta menubuhkan Yayasan Muslimin yang giat menjalankan aktiviti kebajikan.

Misi yang diketuai Dr. Mohd ZIn Kandar iaitu ahli lembaga pemegang amanah MyCARE telah menyusun aktiviti serahan sumbangan melalui NGO PKPU Human Initiatives.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Rombongan koperasi muslimin diketuai oleh pengerusinya iaitu Ustaz Abdul Rahman Hasan. Koperasi Muslimin telah berjaya menyampaikan sumbangan ke beberapa daerah termasuk di Desa Kayangan, Desa Sokong (utara Lombok), juga di timur iaitu di Sembalun. Sumbangan disampaikan dalam bentuk membina Rumah Senyum, Masjid Darurat, sumbangan bungkusan makanan dan hadiah-hadiah untuk kanak-kanak.

Tahniah dan terima kasih Koperasi Muslimin. Semoga kerjasama yang lebih mantap akan dapat dilaksanakan pada masa-masa akan datang.