Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengecam sekeras-kerasnya serangan dan pembunuhan yang berlaku di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand. Serangan ke atas mana-mana rumah ibadat (hatta ketika perang) adalah satu perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan.

MyCARE turut mengecam kenyataan melampau Senator Queensland, Fraser Anning yang menuding jari kepada komuniti migran Muslim atas jenayah yang berlaku ekoran identiti mereka dan melabel Islam sebagai agama yang fasis.

Kenyataan beliau langsung tidak menggambarkan kredibilitinya sebagai pemimpin.

MyCARE mendoakan semoga keamanan kembali di Christchurch dan penjenayah yang melakukan serangan dan pembunuhan terkutuk tersebut berjaya diberkas dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
15 Mac 2019