Tak Kenal maka Tak Cinta. Jom kenali Aqsa Syarif!

 

Aqsa Syarif telah beroperasi sejak tahun 2010 (kini agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia, MyCARE) dan sejak itu telah berkembang pesat sehingga memiliki pejabat di Gaza dan mendapat kepercayaan dan menjadi badan pilihan orang ramai yang diamanahkan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Aqsa Syarif telah berkerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat korporat, bank, jabatan kerajaan, NGO setempat dan antarabangsa. Menjadi disiplin utama bagi mana-mana korporat lebih-lebih lagi dari pihak bank dan badan kerajaan untuk melakukan ‘background checking’ sebelum membuat kerjasama, CSR atau sumbangan dengan kami.

Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM telah memberikan pengiktirafan kepada kami untuk mewakili Malaysia dalam satu proses audit antarabangsa serta pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh korporat-korporat gergasi dan orang awam tidak kira di Malaysia atau luar negara. Terbaru, pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dipilih dan diaudit oleh Transparency International untuk pencalonan anugerah mereka.

Aqsa Syarif mengalu-alukan kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat rasmi dan laporan audit daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta ‘double check’ dengan pihak Bank Negara Malaysia atas perwakilan ke dalam satu sesi penilaian dan audit peringkat antarabangsa – Mutual Evaluation Exercise (MEE) On-Site Assessment – yang dikendalikan oleh sebuah badan antarabangsa, Financial Action Task Force (FATF), http://www.fatf-gafi.org/.

FATF adalah sebuah badan antarabangsa yang berperanan menetapkan piawai dan memastikan pelaksanaan langkah-langkah efektif – dari sudut undang-undang, pengawalaturan dan pengoperasian, bagi memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan pengganas dan ancaman-ancaman yang seumpamanya dalam usaha memelihara integriti sistem kewangan antarabangsa.

 

13330940_1175354449154888_5705847493380426342_n13332848_1175354479154885_6306721910643774467_n13312778_1175354499154883_2093548657335476645_n 13321789_1175354452488221_6908465104088709311_n13315673_1175354505821549_7696521992833508503_n


13344756_1175354455821554_6744503213567997066_n

13339438_1175354539154879_4616375478497654207_n

 

 

Aqsa Syarif terkenal dengan pelbagai inisiatifnya untuk membantu rakyat Palestin. Antaranya ialah:

1. Projek Penajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin
2. Projek ‘Adopt a Hafiz’
3. Projek Winter Relief/Shitaa
4. Projek Ramadan
5. Projek Udhiyeh/Daging Korban dalam tin
6. Projek Mikrokredit
7. Projek Ternakan Lembu Tenusu
8. Projek Ternakan Ikan
9. Projek Kilang Roti
10. Projek Rehabilitasi Tanah Pertanian
11. Projek Pemuliharaan dan Pengimarahan Masjid al-Aqsa
12. Projek bantuan pendidikan/biasiswa kepada pelajar Palestin
13. dan banyak lagi.

Setakat Mei 2016, lebih RM70 juta sumbangan rakyat Malaysia telah disalurkan kepada rakyat Palestin sama ada yang berada di Gaza, Tebing Barat, kem-kem pelarian di Lubnan dan Malaysia. Aqsa Syarif juga telah menghantar 17 misi kemanusiaan ke Gaza (Aqsa2Gaza, A2G) dan 4 misi kemanusiaan ke kem-kem pelarian di Lubnan (Return2Aqsa, R2A).

Aqsa Syarif mempunyai reputasi yang besar di peringkat tempatan mahu pun antarabangsa. Antaranya adalah:

1. Dipilih oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mewakili negara dalam satu proses audit antarabangsa oleh Financial Action Task Force (FATF) pada tahun 2014

2. Dr. Fauziah Hassan, salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif dan penasihat Rose2Rose telah dinobatkan sebagai ‘Aktivis Kemanusiaan Terbaik 2014′ oleh International Coalition for Palestine and Jerusalem (al-I’tilaf) atas sumbangan Aqsa Syarif khususnya dalam aspek pembelaan wanita dan kanak-kanak Palestin

3. Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif dinobatkan sebagai penerima ‘Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015 Peringkat Kebangsaan’ atas sumbangan Aqsa Syarif dalam kerja-kerja kemanusiaan

4. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Antarabangsa kepada ‘Global March to Jerusalem’

5. Jawatankuasa Asia Pacific Community for Palestine (ASPAC)

6. Menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada ‘Arab Medical Union’, ‘The Arab and International Commission to Build Gaza (AICBG)

7. Diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan antarabangsa seperti ‘Annual International Forum for Palestine and Jerusalem (2014)’ dan ‘International Conference on Reconstruction of Gaza (2015)’

8. Pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dipilih dan diaudit oleh Transparency International (www.transparency.org) untuk pencalonan anugerah mereka.

Maklumat terperinci tentang semua projek ini boleh didapati di ibu pejabat mahu pun di laman Facebook Aqsa Syarif yang sering melaporkan perkembangan projek-projek yang dilaksanakan.

Kejayaan Aqsa Syarif bukanlah dari orang tertentu, tetapi adalah hasil dari kepercayaan tunjang yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi tulang belakang kami.

Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama yang tidak putus memberi sumbangan dan motivasi tidak kira dari segi harta, tenaga, kepercayaan, dan lain-lain. Doakan Aqsa Syarif terus maju dan jauh kehadapan dengan membawa nama Malaysia ke serata dunia secara amnya dan dikenali di bumi al-Quds.

*Aqsa Syarif kini bernaung di bawah MyCARE sebagai salah satu langkah pemerkasaan bantuan kemanusiaan sejagat dari rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin. Selain Aqsa Syarif (Palestin), MyCARE (Malaysia & Antarabangsa) turut menaungi IKRAM for SYRIA • i4s (Syria), Salam Iraq (Iraq), Nusantara Care (Rohingya, Filipina, Vietnam, Nusantara), Rose2Rose (Wanita & Kanak-Kanak) dan Palestine Centre of Excellence – PACE (Kajian mengenai Palestin).