Kempen Bulan Anak Yatim

Kempen bulan anak yatim MyCARE kembali lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Seperti tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filippina yang berada di bawah kelolaan MyCARE.
*******************
Dalam Al-Quran telah menyebut sebanyak 23 kali perkataan ‘yatim’ dan pengunaan perkataan yatim merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ini bermakna mereka yang berada di dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan bagi membantu kehidupan mereka agar lebih selesa dan sempurna seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu dan ayah.
“Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak-anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhan hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)”- Surah Ad-Dhuha ayat 6-11
*********************
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Mac ini ialah:

  1. Educational trip with orphans- Petrosains.
  2. Kempen warkah buat anakku.
  3. Program bersama anak yatim Filippina
  4. Majlis bersama penaja – Sibu Sarawak & Johor.
  5. Dana penajaan: #Orange4orphans

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen ‘Bulan Anak Yatim’ MyCARE agar dapat kita sama-sama membantu anak-anak yatim ini.
Salurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my ATAU
Whatsapp: +6013-7444760
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Raimi Sayuti / Pn. Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760
Jazakumullahu khairan katheer!
#Orang4orphan

2 comments

  1. Hello/Assalamualaikum,
    My name is Ikhwan Zulkifli and i would like to enquire if your organization (or any that you know of) that accepts clothings? I would like to donate some if there is.
    Thank you.

    1. Waalaikumussalam wr wbt,
      Terima kasih di atas niat ikhlas tersebut. Walau bagaimanapun, kami memohon maaf kerana pihak kami tidak menguruskan penghantaran sumbangan berbentuk barangan seperti pakaian dan lain-lain. Hal ini adalah kerana:
      1. Kos pengangkutan barang-barang dari Malaysia ke sana adalah berkos tinggi.
      2. Kami tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan secara berbayar atau percuma dari mana-mana syarikat pengangkutan bagi mengurangkan kos penghantaran tersebut.
      Kami menyarankan untuk menyumbang pakaian kepada rakan NGO kami, melalui Islamic Relief Malaysia (IRM) yang mempunyai pengalaman menguruskan sumbangan seperti ini. IRM boleh dihubungi di:
      Alamat : A-05-1, Paragon Point, Jalan Medan PB5, Seksyen 9, Pusat Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
      Facebook: https://www.facebook.com/IslamicReliefMalaysia
      No Telefon: +(603) 8912 6334
      Website: http://www.islamic-relief.org.my
      Email: info@islamic-relief.org.my
      Jika masih berminat untuk menyumbang melalui Aqsa Syarif, cik bolehlah membuat jualan amal seperti sukarelawan berikut, sila lihat video ini: http://bit.ly/1myETwt
      Jazakumullah khairan katheera. Terima kasih.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari