Kempen bulan anak yatim MyCARE kembali lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik. Seperti tahun lalu, masyarakat Malaysia akan diberikan peluang untuk menaja dan menyantuni anak-anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan Filippina yang berada di bawah kelolaan MyCARE.

*******************

Dalam Al-Quran telah menyebut sebanyak 23 kali perkataan ‘yatim’ dan pengunaan perkataan yatim merujuk kepada kemiskinan dan kepapaan. Ini bermakna mereka yang berada di dalam golongan yatim (anak yatim) memerlukan perhatian dan pembelaan bagi membantu kehidupan mereka agar lebih selesa dan sempurna seperti kanak-kanak yang mempunyai ibu dan ayah.

“Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberi petunjuk. Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan. Maka terhadap anak-anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang meminta janganlah engkau mengherdiknya. Dan terhadap nikmat tuhan hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)”- Surah Ad-Dhuha ayat 6-11

*********************
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan Mac ini ialah:

  1. Educational trip with orphans- Petrosains.
  2. Kempen warkah buat anakku.
  3. Program bersama anak yatim Filippina
  4. Majlis bersama penaja – Sibu Sarawak & Johor.
  5. Dana penajaan: #Orange4orphans

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk turut serta menjayakan kempen ‘Bulan Anak Yatim’ MyCARE agar dapat kita sama-sama membantu anak-anak yatim ini.
Salurkan sumbangan anda melalui:

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my ATAU
Whatsapp: +6013-7444760

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn. Raimi Sayuti / Pn. Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Jazakumullahu khairan katheer!

#Orang4orphan

Plugin for Social Media by Acurax Wordpress Design Studio
Share This