Joud Charity menaja pendidikan pelajar Rohingya MyC4RE

Joud Charity, Kuwait melalui IESCO (International Educational Scientific and Cultural Org) telah menaja pendidikan 21 pelajar terpilih dari MyC4RE (MyCARE Centre For Rohingya Education).

IESCO yang diwakili oleh Encik Bilal Al-Hamadin dan Dr Ihab Ahmad Awais telah melaksanakan penyampaian sumbangan yang terdiri daripada tajaan peralatan sekolah, elaun guru, makan minum, pengangkutan dan kemudahan pembelajaran untuk pelajar berkenaan.

Di samping itu, lawatan ke rumah para pelajar turut dilakukan. Tujuan lawatan adalah untuk memberikan galakan berterusan kepada ibu bapa, pelajar dan komuniti Rohingya di Kulai untuk terus menghantar anak-anak belajar di Sekolah MyC4RE ini.

MyCARE dan rakan-rakan kerjasamanya akan terus berusaha untuk membantu agar anak-anak Rohingya mendapat pendidikan seperti kanak-kanak sebaya mereka.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Para dermawan boleh membantu MyCARE meneruskan inisiatif pendidikan yang disediakan untuk anak-anak Rohingya ini dengan menyumbang melalui akaun-akaun berikut;

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Bank : 8602 1355 92

Untuk maklumat lanjut, hubungi saudari Shahidatul Akma di talian 019-3693502.

3 comments

  1. Saya Nak mintak tolong, ada masalah adik Saya perempuan sudah kahwin. Tapi selalu kena pukul dengan suami dia. Sekarang dia sudah duduk asing dengan suami dia sudah 4 Bulan. Suami dia tak bagi duit makan minum. Tapi suami dia tak mahu cerai, jadi sekarang susah mahu keluar. Saya sudah buat laporan kepada komuniti ustaz dekat selayang. Jadi adik Saya mahu mintak cerai. Adik Saya tak ada kad UNHCR, saya nak minta kad untuk adik Saya. Terima kasih

    [edited]

  2. Saya org Myanmar duduk Malaysia sudah 11 tahun, Saya sudah ada kad UNHCR. No kad
    [edited]. Saya ada keluarga, sekarang Saya mahu pergi USA.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari