Alhamdulillah, 11 orang anak yatim Iraq telah berjaya menerima tajaan selepas kami membuka tawaran kepada rakyat Malaysia baru-baru ini.

Tetapi masih ada ramai lagi anak-anak yatim mangsa dari peperangan di Iraq memerlukan penajaan bagi meringgankan kelansungan beban hidup mereka setelah peperangan berakhir.

Kesan akibat dari peperangan bukan sahaja melibatkan emosi mereka, tetapi kehidupan baru yang akan mereka bina. Mereka bukan hanya hilang tempat untuk bergantung, malah tiada rumah untuk berteduh. YA! Segalanya perlu dimulakan dari awal.

Mampukah kita hadapi situasi sebegini sekiranya kita berada di tempat anak-anak yatim ini? Dan akankah kita berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa?

Oleh itu. Jom sama-sama kita tingkatkan sedekah, derma dan wakaf kerana itulah yang kekal dan menetapkan pahala kebaikan untuk kita. Berminat untuk menaja?

Dapatkan borang online di sini: http://bit.ly/JomTaja

Setelah itu, hubungi kami melalui talian whatsapp dengan cara lampirkan gambar atau nama anak yatim yang ingin ditaja berserta salinan bayaran bulan pertama / bayaran tahunan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:

HUMANITARIAN CARE MALAYSIA
Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: [email protected]
Whatsapp: 013-7444760

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760