Alhamdulillah, Team Penajaan MyCARE sekali lagi berkesempatan menceriakan Ramadan ke Ethnic Rohingya Committee Of Arakan (ERCA) di Seri Kembangan dan komuniti Rohingya di Sungai Tekali menyantuni lebih kurang 60 orang anak-anak pelarian Rohingya yang rata-rata tinggal di kawasan yang sangat dhaif dan serba kekurangan.

Kedatangan kami disambut dengan riang oleh anak-anak ini dan diserikan lagi dengan pengisian bacaan niat puasa Ramadan dan doa berbuka puasa serta aktiviti mewarna.

Sejurus selepas itu, pengagihan biskut raya untuk anak-anak ini diedarkan, di mana biskut raya ini dibuat sendiri oleh komuniti asnaf Rohingya MyCARE.

Masih belum terlambat untuk anda bersama kami menceriakan lagi Ramadan anak-anak yatim dan asnaf tajaan MyCARE. Anda juga berpeluang bersama kami untuk menyumbang dalam kempen “SPONSOR 1 ORPHAN BAJU RAYA”.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Salurkan sumbangan melalui:

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
JomPay: Biller code- 6197

Online :
https://www.billplz.com/ay-mycare

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:

E-mail: [email protected]
Whatsapp: 013-7444760

Untuk maklumat lanjut, hubungi: Pn Raimi/Pn Norlela: 03-89412341 / 013-7444760