IPOH, 10 November 2018 – Alhamdulillah! Terciptanya impian buat anak-anak yatim Rohingya dengan pengembaraan yang penuh ceria ke Movie Animation Park Studio (MAPS). Lawatan sambil belajar ini melibatkan 52 orang anak yatim dari 3 buah madrasah iaitu Madrasah Muiinul Islam di Klang, Madrasah Darul Hijrah di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur beserta Tahfiz Al-Amin MyCARE. Pengembaraan di dalam bas menjadi meriah dengan senyuman dan ketawa apabila sesi ta’aruf berlangsung antara anak-anak yatim dan sukarelawan, kuiz yang menguji minda mereka dan beberapa tazkirah musafir perjalanan yang disampaikan oleh pegawai MyCARE.

Anak-anak ini bertambah ceria dan teruja setelah sampai untuk meneroka permainan yang terdapat di dalam MAPS yang rata-rata belum pernah menaiki roller coaster (Zugo’s Crystal Quest), menjamu makanan di dalam Starship Restaurant, menyaksikan pertunjukan Stunt Legends dan pelbagai lagi.

“Adik-adik ni hendak bermain lagi, mereka sangat gembira! Ini sudah kali ketiga mereka bermain roller coaster ini. Saya sangat terharu kerana diberi peluang untuk bersama merealisasikan impian mereka merasai kehidupan seperti kanak-kanak lain,” ujar seorang sukarelawan yang mengiringi dua orang anak yatim.

Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penaja dari KFC, Restoran Bakso Koplo dan individu penaja yang telah menaja tiket, makanan dan minuman serta cenderahati untuk anak-anak yatim ini.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Terima kasih juga kepada pihak Movie Animation Park Studio dan rakan media Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersama kami untuk membuat liputan. Tidak dilupakan, semua sukarelawan MyCARE yang telah mengerah tenaga dari awal persediaan, menyantuni anak-anak yatim ini sehinggalah mereka pulang ke madrasah masing-masing.

Mari bersama kami menjadi salah seorang penaja untuk program Penajaan Anak Yatim MyCARE di Palestin, Syria, Iraq, Filipina dan Rohingya agar lebih ramai anak-anak dapat mencipta impian untuk masa depan yang lebih ceria.

Borang online boleh didapati di sini:
http://bit.ly/JomTaja

Sumbangan umum boleh dimasukkan atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank – 5515 7500 4299
Bank Islam – 1209 20100 34904
CIMB – 8602 135 592

Reference : umum anak yatim

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Bahagian Penajaan di 03-89412341 / 013-7444760 atau e-mel ke sponsorship@mycare.org.my

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company
Share This