Adik Nanda sedang membacakan Yasin untuk ibu dan adiknya di depan rumahnya selepas ia hancur musnah akibat Soil Liquefaction. Anak ini turut tertimbus di dalam runtuhan hampir 10 jam namun berjaya diselamatkan oleh orang ramai. Namun begitu, ibu dan adiknya tidak dapat diselamatkan.

Ibunya sedang makan sambil menunggu Nanda mandi untuk solat berjemaah. Adiknya sedang berada di depan TV. Ketika kejadian, ibunya berpatah balik untuk mendapatkan anak ini, namun tertimbus dan terperangkap di dalam runtuhan. Semasa terperangkap, beliau mendengar ibunya mengajak untuk terus berzikir dan menenangkannya sehingga suara ibunya tidak kedengaran lagi.

Sehingga kini mayat adiknya tidak ketemu lagi.

Semoga ibu dan adiknya ditempatkan bersama para solihin dan orang bertaqwa. Semoga warga Indonesia terus kuat dan bangkit!

INFAQ di sini: www.billplz.com/tsunamisulawesi

Misi Upin & Ipin ke Palu (1-5 Nov 2018)