26hb Mei 2019 / 21 Ramadan 1440, Kehadiran peserta-peserta misi MyCARE-Econsave disambut meriah oleh pendudk Dasan Baru, Lombok Timor dengan dihadiahkan mafla tradisional Lombok kepada setiap peserta misi. Kampung yang berada di pendalaman dengan tanpa jalan tar memasuki ke desa ini adalah di anatra kampung yang terjejas teruk gempa bumi semenjak tahun lalu. Satu-satunya masjid dan puluhan rumah penduduk runtuh dan musnah.

Mungkin sambutan yang diadakan oleh Pak Ketua Dusun dan penduduk adalah kerana mereka merasakan terima kasih kerana bantuan yang kami bawa, sedangkan ia bukan yang kami harapkan untuk disambut sebegitu rupa. Walaupun begitu kami menerimanya dengan perasaan terharu dan menerimanya dengan penuh ukhuwwah dan kasih sayang.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Di dalam ucapan selamat datang, ketua misi, Dr. Mohd Zin menekankan akan simpati dan ukhuwwah di atas musibah yang menimpa dan kami Insya Allah akan berusaha membantu sebagaimana tuntutan di dalam Islam.

Kedatangan misi MyRamadhan adalah untuk meninjau progres pembinaan sebuah masjid dan kelengkapannya di samping membawa bantuan bungkusan makanan dan hadiah untuk anak-anak di dusun ini.

Program gotong royong memasak juadah berbuka turut dijalankan di antar peserta misi dan penduduk kampung.

Ayuh gembirakanlah mereka. Salurkan sumbangan anda ke:
https://mycareproject.org/myramadan/

Atau salurkan infaq anda untuk membantu mereka ke

Humanitarian Care Malaysia

Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam: 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

Online :
https://www.billplz.com/ay-mycare

Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:

E-mail: [email protected]
Whatsapp: 013-7444760

Untuk maklumat lanjut, hubungi: Pn Raimi/Pn Norlela: 03-89412341 / 013-7444760

www.mycare.org.my

Atau jika anda di Johor, maklumkan melalui Whatsapp ke 019-7342539 (Mohd Zin) bersama salinan slip bank-in dan maklumkan untuk tujuannya.