Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengagihkan 300 pek makanan hari ini kepada golongan sasar yang terlibat perintah kawalan pergerakan bagi mengekang penularan virus Covid-19 yang bermula empat hari lalu.

Pengurus dana Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Muhd Sazlie Ibrahim berkata, inisiatif yang dinamakan sebagai Bantuan Pandemik COVID-19 merupakan insiatif tambahan membantu golongan memerlukan, khususnya ibu tunggal, warga emas, OKU, gaji harian atau bekerja sendiri tetapi tidak dapat keluar bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kami mengagihkan 300 pek makanan yang bernilai RM100 setiap pek makanan asas kepada ibu tunggal, pekerja buruh, warga emas dan keluarga daif di tiga PPR sekitar Lembah Klang.”

Menurut Muhd Sazlie pihaknya menyasarkan RM200,000 bagi bantuan berterusan termasuk bantuan kepada warga barisan hadapan di Hospital Kajang dan dua buah klinik kesihatan sekitar Selangor.

“Kami juga akan menghantar bantuan susulan berupa pembersih tangan, apron, topeng muka, sarung tangan getah, dan kipas berdiri kepada kakitangan barisan hadapan Hospital Kajang dan Serdang dan dua buah klinik kesihatan sekitar Selangor’

“Untuk bantuan fasa pertama, kami agihkan 8 buah biji kipas berdiri kepada kakitangan barisan hadapan Hospital Kajang.”

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Menurutnya lagi, pek bantuan makanan kepada golongan sasar ini juga akan diagihkan ke negeri-negeri lain yang memerlukan bantuan.

“Pihak kami juga akan menggerakkan aktivis-aktivis MyCARE yang bertugas di negeri-negeri dan daerah untuk mengenal pasti golongan sasar yang memerlukan bantuan pek makanan.”

Melalui usaha ini MyCARE amat berharap dapat meringankan beban semua pihak terutamanya barisan hadapan yang banyak berkorban dalam menangani wabak ini.

Sehingga hari ini jumlah dana yang terkumpul sebanyak RM 70,000.

Bagi mereka yang ingin membantu menyumbang ke tabung Bantuan Pandemik Covid 19 boleh menyalurkan sumbangan ke Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui akaun 8602 135 592 (CIMB).

Atau

https://www.billplz.com/fightcovid19