SERI KEMBANGAN, 4 November 2019 – MyCARE serta NGOi lain di dalam kluster KS8 telah diamanahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk menganjurkan Bengkel Penjanaan Dana kepada 18 NGOi dan rumah kebajikan anak-anak yatim yang berdaftar dengan YIDE .

Bengkel dua hari ini dikendalikan oleh staff MyCARE yang terlibat dengan penjanaan dana secara online dan offline serta projek dalam dan luar negara terdiri daripada Roha Hassan, Shahrir Fitri Nazri, Ustaz Noorsyazly Rameli, Raimi Sayuti, Zulfadhli Zaki, Mohd Afiq Zharif dan Raihan Mohd Saleh.

Alhamdulillah sambutan yang baik daripada 36 orang peserta yang hadir mewakili 18 NGOi dan rumah kebajikan anak yatim.

Program ini adalah satu program berbentuk teori dan praktikal dalam memandu para peserta kearah penjanaan dana yang proaktif, produktif dan efektif.

Ia juga merupakan program perkongsian pengalaman antara semua wakil NGOi dan rumah kebajikan yang hadir.