Bantuan terus dihulur

Ahli misi melanjutkan perjalanan ke kem pelarian Syria yang kedua, Kem Abu Abdullah tengahari semalam. Kem ini terletak berhampiran dengan Universiti al-Bayt di Mafraq, Jordan.
Kem ini berada di bawah penyeliaan sukarelawan TSDBJ. Terdapat 21 buah keluarga pelarian Syria yang menetap di sini sejak tahun 2015. MyCARE pernah beberapa kali menyalurkan bantuan ke kem ini sebelum ini dengan kerjasama TSDBJ.
Semalam MyCARE menyalurkan bantuan makanan, pek kesihatan dan mengadakan aktiviti bersama kanak-kanak di kem ini bagi meraikan keluarga pelarian Syria di kem ini.




Semoga sumbangan ini memberi mereka sedikit kekuatan dan mengurangkan beban kehidupan mereka.
Sebahagian sumbangan kempen Misi MyCARE Jordan Humanity Beyond Borders ini akan disalurkan ke Tabung Meal4Them MyCARE bagi tujuan penyaluran bantuan makanan ke kem-kem pelarian Syria dan juga negara-negara lain yang memerlukan.
Sumbangan masih diperlukan! Jom realisasikan Humanity Beyond Borders melalui sumbangan ke akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad:
Recipient Reference: meal4them
Maybank Islamic : 5515-7500-4299
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Atau secara online di www.billplz.com/meal4them
Hantarkan butiran sumbangan ke alamat e-mel meal4them@mycare.org.my atau +6018 9089282.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts: