MyCARE bekerjasama dengan rakan NGO dari Australia, AusRelief untuk menyampaikan 240 Pek Makanan kepada komuniti pelarian Rohingya di Malaysia.

100 buah pek makanan diserahkan kepada keluarga Rohingya di Seri Kembangan yang bertempat di ERCA, manakala 140 buah pek makanan diserahkan di Pandan Indah, Ampang.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Setiap pek makanan mengandungi 12 bahan mentah kering untuk kegunaan lebih kurang selama 2 minggu, seperti beras, minyak, tepung, gula, garam, bihun, lada kering, dua jenis dal, susu, kentang dan bawang.

Ayuh kita gunakan baki terakhir Ramadan untuk berkejar-kejar melakukan sedekah.

Jom teruskan sumbangan dengan menderma melalui link berikut: http://mycareproject.org/myramadan/

“Ramadan Kita, Nikmat Bersama”