Bantuan Fasa ke-3 Tabung Bantuan Kecemasan COVID-19

JOHOR BAHRU, 25 Mac 2020 – Untuk Bantuan Fasa ke-3, MyCARE telah menyalurkan sumbangan kepada penduduk Johor yang memerlukan akibat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kerjasama MyCARE Johor dan Econsave.

Sebanyak 64 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk di beberapa lokasi di Kulai dan Muar.

Pek makanan bernilai RM 96.70 terdiri daripada makanan asas seperti beras, minyak masak, sardin, bihun, gula, biskut, susu pekat, sos cili dan lain-lain.

Fokus bantuan pek makanan ini disalurkan kepada mereka yang terkesan iaitu fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah, mualaf, cacat anggota badan, hilang mata pencarian, ahli keluarga sakit, dan pelarian Rohingya.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang Tabung Kecemasan COVID-19 dan pelbagai pihak di atas kerjasama yang diberikan.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE

Teruskan menyumbang agar ramai yang memerlukan dapat kita santuni. Teruskan bersama kami untuk menghulurkan bantuan melalui Tabung Kecemasan COVID-19 di:

https://www.billplz.com/fightcovid19

Atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB: 8602135592

Reference: fightcovid19

Sebarkan kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan orang ramai agar lebih banyak mendapat manfaat.

Hargai pengorbanan kakitangan barisan hadapan dengan menyumbang dan mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

60 comments

  1. Di kampung pasir putih bantuan dari pihak NGO agak lambat sampai..wlaupun tak ada mangsa COVID -19..ALHAMDULAH..

      1. Untuk makluman, sekarang bantuan COVID-19 diselenggarakan oleh pihak JKM. Tuan / puan boleh beritahu nama daerah masing-masing di sini, nanti saya e-mailkan nombor telefon pegawai terbabit. Terima kasih.

          1. daerah muar tiada apa2 bantuan ke?dlm keadaan sy tak boleh kerja dah 9bulan sakit tulang belakang slipdisc.anak masih kecil.duit simpanan habis di gunakan waktu sakit.hanya dpt bantusn dari jkm 200sebulan

      2. Assalamulaikum kepada malaysia saya HASAN saya ingin cerita suka duka cerita tetang rohingya buat masa (COVID 19) amat susah untuk saya makan minum saya ada anak 3 orang masih minum susu saya seorang ja brkerja dalam keluarga saya harap pihak2 bantuan bantu saya saya merayu HASAN [edited]

    1. Untuk makluman, sekarang bantuan COVID-19 diselenggarakan oleh pihak JKM. Tuan / puan boleh beritahu nama daerah masing-masing di sini, nanti saya e-mailkan nombor telefon pegawai terbabit. Terima kasih.

      1. Salam tuan, kami perlukan bantuan makanan susu untuk anak2, kami ada anak 3 org. 2thn sampai 8thn, saya kerja 1org tapi dlm masa PKP ni dr 18mac sampai sekarang tiada kerja tiada gaji. Terima kasih.

    2. Assalammualaikum.emailkn sy pegawai bahagian pontian.susu dan pampers anak 8blan.istri mgandung 5 bln.

  2. Dah hampir 2 minggu kami memohon Bantuan kecemasan sempena pkp ni. Tiada sebarang Bantuan Di hulurkan. Pun kepada hamba ALLAH ni..

      1. [edited]
        Perlukan bantuan makanan, seprti maggi telor biskut beras dan sadin itu sahaja.
        Terima kasih

  3. MOHON BELAS IHSAN BANTUAN SEGERA BAHAN MAKAN DAN SEDIKIT WANG UNTUK KEPERLUAN ASAS..DAERAH MUAR JOHOR

    1. Salam
      Saya dari Muar Johor ingin memohon bantuan keperluan asas seperti makanan termasuk duit kerana saya tidak boleh bekerja kerana PKT..status ibu tunggal..sekarang Menumpang Dirumah Seorang Hamba Allah untuk sementara sehingga tamat PKP

    2. Saya mohon belas ehsan dari pihak tuan agar dpt bantuan dri pihak tuan bagi meringan kan beban saya yang ade tangungan seramai 4 orang…dri 18 hingga sekarang tidak dapat keluar bekerja….kerja dengan orang…mana nk beli makanan lagi…setiap bulan rumah sewa la….

  4. Sy menyewa bilik di pandan indah.suami di beri cuti Tanpa gaji sepanjang PKP.Sy ada 3 org anak.skrg sy dalam pantang,hari ke-5 untuk anak ke3.saya dan keluarga amat memerlukan bantuan.sekian,terima kasih.

    1. Terima kasih di atas komen Encik. Untuk permohonan sebegini, kami syorkan supaya berhubung dengan pihak JKM atau Pusat Zakat terdekat.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari