Anak yatim & anak asnaf diraikan

BULACAN, 24 Jun 2018 – Seramai 13 orang anak-anak yatim daripada Program Tajaan Anak Yatim Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di Bulacan, Filipina telah diraikan bersama dengan para penjaga dan guru-guru mereka. Di samping itu, terdapat sekitar 70 orang kanak-kanak dan keluarga asnaf telah turut disantuni.
Melalui program ini, anak-anak yatim di Bulacan telah menerima sumbangan berbentuk tajaan wang tunai daripada keluarga angkat mereka di Malaysia bagi membantu sara hidup dan kos pembelajaran anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Para guru, NGO perlaksanaan dan penterjemah turut menerima elaun sebagai penghargaan.


MyCARE diwakili oleh Puan Roha Hassan, Pengurus Besar Operasi, En. Abdul Hafidz Hashim, Pengurus Kanan, Cik Nur Khairiah Mohamed Ikram, Esekutif MyCARE, En. Abdul Wahab bin Yahya, Musab Amiruddin (aktivis SUF), Jalani bin Ludin (aktivis Pahang), Asmaaliff bin Abdul Adam (aktivis Wilayah), Musfirah binti Tajuddin (aktivis Gombak), dan Nor Shahidatul Akma binti Mohd Noh (aktivis Johor)
Para sukarelawan mengambil kesempatan ini untuk menggembirakan semua anak-anak yang hadir dengan aktiviti melukis, mewarna, serta bermain permainan ringkas. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan silaturrahim.
Selain daripada Projek Tajaan Anak Yatim di Filipina, MyCARE turut menganjur dan mengurus projek tajaan anak yatim di beberapa buah negara lain seperti di Palestin, Syria, Iraq dan Rohingya.

Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE berkongsi perkembangan semasa madrasah dan anak-anak yatim ini kepada para penyumbang serta orang ramai melalui pelbagai saluran media.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Projek Tajaan Anak Yatim MyCARE, mohon hubungi Bahagian Penajaan MyCARE di talian 03-89412341 / 013-7444760 atau emelkan ke sponsorship@mycare.org.my.
Borang penajaan online boleh didapati di sini: http://bit.ly/JomTaja

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Program Baju Raya Untuk Dia 2024

Kian Berlabuh Tirai Ramadan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Diri Dimaafi.   Berbaju Baru Terasa Ceria, Cantik Dipakai Di Hari