Musim sejuk hampir tiba. Kehidupan rakyat Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal melalui fasa-fasa lebih mencabar di bulan-bulan mendatang.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal, kanak-kanak, wanita mengandung, para pesakit dan warga emas adalah golongan yang terkesan teruk setiap kali musim sejuk. Sedikit kehangatan boleh menyelamatkan nyawa mereka.

Pada 7 Januari 2015, Taufan Huda telah melanda dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat di Palestin, Jordan, Lubnan, Syria dan Iraq. Di Gaza sahaja, ia telah menjejaskan kehidupan 110,000 penduduk dan 5 kematian akibat kesejukan yang melampau. Keadaan bertambah teruk dengan kesan pasca perang 51 hari yang telah memusnahkan 20,000 buah rumah manakala sebanyak 1,240 keluarga terpaksa keluar dari rumah mereka kerana cuaca sejuk yang melampau.

Jumlah pelarian Syria kini mencecah 4.5 juta orang. Tahun 2014 mencatatkan 11 pelarian Syria telah terkorban akibat kesejukan, termasuk 2 orang kanak-kanak kembar. Pada tahun ini, kira-kira SATU JUTA kanak-kanak akan menghadapi suhu di bawah sifar tanpa kelengkapan yang cukup, dan hanya berlindung di dalam khemah-khemah sementara. Sementara itu, di Kem Bekaa, Lubnan, 3 warga Syria terkorban atas sebab yang sama. Terkini, seramai 373,429 pelarian Syria menetap di Kem Bekaa, kem yang paling kurang fasiliti dan paling terdedah kepada kematian akibat suhu sejuk yang melampau.

Di Iraq, statistik terkini menunjukkan “Pelarian Dalam Negara” (PDN) Iraq telah meningkat kepada 3.2 juta orang. Mereka ini lari meninggalkan penempatan dengan sehelai sepinggang ke utara Iraq. Di sana, suhu musim sejuk di bawah takat beku sehingga -16 darjah selsius. Keadaan ini pastinya memberi ancaman kesejukan terburuk kepada mereka. Menurut UN, pada tahun 2015, sebanyak 2.8 juta PDN Iraq hidup dalam kekurangan makanan manakala sekitar 800,000 orang terdedah kepada kematian sekiranya tiada bantuan daripada masyaratkat dunia untuk bantuan musim sejuk bernilai USD66 juta.

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) melalui agensinya – Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose, justeru melancarkan Kempen Winter Relief 2016 (Rayuan Musim Sejuk 2016) sehingga 1 Januari 2017 dengan sasaran bantuan bernilai RM2 juta dimana 15,000 warga Palestin, Syria, Yaman dan Iraq bakal menerima manfaat.

**********

Pakej Sumbangan:

RM150 / unit merangkumi bantuan makanan, pakaian/selimut/tilam atau alat pemanas/bahan bakar mengikut keperluan negara.

*MyCARE berhak menentukan pengagihan berdasarkan keperluan setiap negara tersebut.

Hulurkan sumbangan anda sekarang atas nama:

Humanitarian Care Malaysia Berhad

1) Maybank Islamic: 551575-004299

2) Bank Islam: 1209-20100-34904

3) CIMB: 8602-135-592

Emelkan slip/bukti sumbangan ke [email protected] atau Whatsapp/Telegram ke 019-655 1948

Untuk maklumat lanjut hubungi:

MyCARE HQ: 03-8941 2341 (Hussaini Khairudin)

Email: [email protected]